Visi, Misi dan Objektif

OBJEKTIF MYCP

  1. Menyediakan para ibu bapa anak-anak cerebral palsy (CP) yang mantap emosinya untuk berjuang dengan lebih gigih, tabah dan bertawakal dalam menempuhi pelbagai cabaran untuk anak-anak CP mereka.
  2. Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan keprihatinan ibubapa tentang isuisu berkaitan anak-anak CP seperti kesihatan, rawatan dan terapi, keperluan peralatan istimewa, penjagaan harian, pemakanan dan pendidikan.
  3.  Memupuk kesedaran dalam meningkatkan keprihatinan dan sokongan masyarakat terhadap isu-isu dan keperluan anak-anak CP dan ibu bapa yang terlibat.
  4. Memainkan peranan penting dalam usaha penyelidikan dan pemulihan anakanak cerebral palsy dengan penubuhan institusi penyelidikan dan pemulihan anak-anak cerebral palsy.

VISI MYCP

Menjadikan sebuah persatuan yang memperjuangkan kebajikan anak-anak palsi serebral dan keluarga mereka yang berteraskan kebajikan bagi menerajui perubahan dalam aspek penjagaan kesihatan, gaya hidup, sokongan masyarakat sekeliling dan kebaikan menyeluruh.

MISI MYCP

Mempertingkatkan kualiti penjagaan anak-anak palsi serebral dan tahap profesionalisme keluarga dan masyarakat sekeliling melalui aktiviti yang dijalankan secara berterusan bagi memperkasakan kehidupan anak-anak palsi serebral dalam semua aspek kehidupan.