LATAR BELAKANG

latar belakang mycp

Malaysian Advocated for Cerebral Palsy atau singkatannya MyCP merupakan sebuah persatuan berdaftar yang berperanan sebagai persatuan yang memberi sokongan serta galakan kepada ibubapa serta ahli keluarga yang mempunyai anak palsi serebrum (CP). MyCP menjadi platform kepada ahli untuk berkongsi maklumat,pengalaman,rawatan serta apa jua berkaitan isu CP.

Ahli MyCP bukan sahaja terdiri daripada golongan ibubapa dan keluarga yang mempunyai anak CP tetapi mempunyai sukarelawan dari pelbagai latar belakang. Antaranya seperti doktor, pakar perubatan, juruterapi, pensyarah, guru pendidikan khas, kakitangan kerajaan,badan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan sebagainya yang turut serta menyumbangkan tenaga, menyokong dan melibatkan diri dalam dunia berkaitan CP.

Penubuhan persatuan ini telah didaftakan dan beroperasi  di alamat NO. 4, Jalan USJ 3/4X , USJ 3, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Ringkasannya  CP merujuk kepada satu kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi semasa di dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran. Kebolehan mengawal pergerakan otot yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan & mengimbangkan diri. Kanak-kanak CP mempunyai peluang yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah tersebut