APA ITU PALSI SEREBRUM (CP) ???
SEREBRUM – OTAK
PALSI – KELEMAHAN ATAU KETIDAKUPAYAAN MENGAWAL PEGERAKAN OTOT

Palsi serebrum atau lebih dikenali sebagai Cerebral Palsy (CP) dalam Bahasa Inggeris merupakan ketidakupayan perkembangan di bahagian-bahagian tertentu otak yang mengawal pegerakan otot- otot dalam badan seseorang. Antara sebab utama kecederaan otak adalah semasa dalam kandungan , semasa kelahiran serta selepas beberapa tahun kelahiran.
Dijangkakan setiap seorang daripada 278 kanak-kanak di diagnosis CP. Setiap kanak- kanak CP mempunyai masalah yang berlain bergantung kepada kesan kecederaan otak.
Kebiasaannya kanak-kanak CP mempunyai masalah seperti pendengaran, penglihatan, masalah pembelajaran ,permakanan dan masalah kesihatan yang lain.
PUNCA -PUNCA CEREBRAL PALSY
Semasa Dalam Kandungan
- Jangkitan pada rahim
- Pertumbuhan otak yang tidak normal
- Pendarahan teruk semasa mengandung
- Masalah kesihatan ibu seperti tekanan darah tinggi, diabetis serta anemia
Semasa Proses Kelahiran
- Kelahiran tidak matang
- kecederaan sewaktu kelahiran
- kekurangan oksigen
- jangkitan virus
Selepas Kelahiran
- Meningitis (jangkitan pada lapisan otak)
- Jaundis yang teruk (Kuning)
- Kecederaan pada bahagian otak akibat kemalangan atau penderaan fizikal
CP tidak boleh diubati , namun keadaan fizikal mereka akan bertambah baik dengan melakukan fisioterapi, permulihan cara kerja, terapi pertuturan, ubat-ubatan serta rawatan alternatif lain.

